Yuran Belajar Diploma Nursing UniSel: Anggaran Perbelanjaan & Peluang Biasiswa Penuh SELFA-HSP

Memilih Diploma Nursing di UniSel adalah keputusan besar, dan perkara pertama yang ibu bapa ingin tahu ialah yuran pengajian Diploma Nursing serta keseluruhan kos yang perlu disediakan sepanjang tempoh belajar.

Artikel ini memberi gambaran jelas tentang anggaran kos, kos sara hidup pelajar, dan peluang biasiswa penuh SELFA–HSP yang boleh menampung sepenuhnya yuran pengajian Diploma Nursing UniSel.

1. Anggaran Kos Sara Hidup Pelajar Diploma Nursing UniSel (Realistik untuk 2025)

Walaupun yuran pengajian Diploma Nursing tidak disiarkan secara terbuka oleh pihak universiti, ibu bapa boleh merancang awal melalui anggaran kos sampingan yang biasanya perlu disediakan oleh pelajar.

Anggaran ini berdasarkan pengalaman pelajar sedia ada dan keperluan sepanjang pengajian.

📌 Asrama

  • RM250 – RM350 sebulan (bergantung jenis unit / bilik)

  • Termasuk utiliti asas seperti elektrik & air

📌 Makanan

  • RM10 – RM15 sehari (RM300 – RM450 sebulan)

  • Pelajar Nursing mempunyai jadual klinikal yang padat, jadi kebanyakan makan di hospital atau gerai berhampiran.

📌 Pengangkutan

  • Jika pelajar ditempatkan di klinik/hospital luar kampus:

    • RM80 – RM150 sebulan

    • Tetapi untuk penerima Biasiswa SELFA–HSP: Percuma pengangkutan disediakan

📌 Buku & Rujukan

  • RM150 – RM300 setahun

  • Sesetengah subjek perlu buku rujukan tambahan

📌 Keperluan Klinikal 

  • Uniform, stokin, kasut & peralatan asas tahun pertama: RM200 – RM350 untuk tahun pertama

  • Tahun seterusnya hanya tambah item kecil

📌 Keseluruhan Anggaran Bulanan

RM600 – RM900 sebulan
(Bergantung gaya hidup pelajar)

Anggaran ini membantu ibu bapa memahami komitmen kewangan di luar yuran pengajian Diploma Nursing UniSel.

2. Pelajar Diploma Nursing UniSel Layak Memohon Biasiswa SELFA–HSP

Ini bahagian paling penting untuk ibu bapa:

PELAJAR DIPLOMA NURSING UNISEL LAYAK MEMOHON BIASISWA PENUH SELFA–HSP

Program SELFA–HSP adalah kerjasama UniSel dengan rangkaian hospital swasta yang menawarkan:

  • Temuduga penajaan untuk pelajar yang berminat

  • 100% penajaan yuran pengajian

  • Terus berkhidmat dengan hospital penaja selepas habis diploma

  • Kemudahan dan sokongan sepanjang pengajian

Ini memberi peluang kepada pelajar untuk belajar tanpa beban kewangan. Boleh check syarat masuk Diploma Nursing UNISEL di sini.

3. Senarai Hospital Penaja SELFA–HSP

Hospital panel di bawah program ini termasuk:

Hospital-hospital ini akan membuka sesi temuduga penajaan dari semasa ke semasa untuk pelajar UniSel yang layak dan berminat.

Baca: Gaji Diploma Nursing 2025

4. Kelebihan Biasiswa SELFA–HSP Untuk Pelajar Diploma Nursing UniSel

Apa yang menjadikan biasiswa ini sangat bernilai bukan sekadar tajaan yuran pengajian Diploma Nursing, tetapi juga kemudahan lengkap untuk pelajar.

🎓 Kelebihan Penerima Biasiswa:

  • 100% tajaan yuran pengajian

  • Elaun pembelian buku setiap tahun (jika berkenaan)

  • Elaun aktif pelajar (jika berkenaan)

  • Percuma pengangkutan ke latihan klinikal

  • Percuma kemudahan asrama

  • Percuma 2 set uniform setiap tahun

  • Percuma Kit Kejururawatan

Dengan manfaat ini, ramai pelajar boleh belajar dengan tenang tanpa tekanan kewangan. 

Baca juga: Subjek yang dipelajari dalam Diploma Nursing.

5. Kesimpulan: Diploma Nursing UniSel Sangat Sesuai Untuk Pelajar Yang Mahu Laluan Kerjaya Stabil & Tajaan Penuh

Jika ibu bapa sedang mempertimbangkan Diploma Kejururawatan untuk anak, UniSel menawarkan laluan yang:

✔ Diiktiraf MQA, KPT dan Lembaga Jururawat Malaysia
✔ Demand tinggi
✔ Kos sara hidup rendah
✔ Peluang biasiswa penuh
✔ Laluan kerjaya yang luas

Dan yang paling penting…

Peluang Biasiswa SELFA–HSP menjadikan pengajian hampir tanpa kos, ditambah peluang temuduga penaja daripada hospital-hospital ternama.

🎯 Berminat join diploma nursing?

Kalau anda ada sebarang pertanyaan berkenaan program ini, boleh terus klink button di bawah. Wakil fakulti akan menghubungi anda dalam masa terdekat.

 Tanya sekarang!

Post a Comment

Terbaru Lebih lama