Ramai pelajar lepasan SPM dan ibu bapa berminat dengan kerjaya kejururawatan, namun persoalan utama sentiasa sama:

Apakah syarat masuk Diploma Nursing?

Untuk memastikan hanya calon yang benar-benar layak, semua institusi kejururawatan termasuk UNISEL mesti mematuhi standard ketat yang ditetapkan oleh Lembaga Jururawat Malaysia (LJM), MQA, dan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).

Di bawah ini ialah senarai lengkap dan terkini mengenai syarat masuk Diploma Nursing UNISEL, berdasarkan garis panduan rasmi Lembaga Jururawat Malaysia.

1. Syarat Wajib Untuk Semua Calon Tempatan

Semua pemohon MESTI memenuhi syarat asas berikut:

Kredit Bahasa Melayu (WAJIB)

Tidak kira aliran apa, semua calon tempatan mesti mempunyai kredit Bahasa Melayu dalam SPM.

Pelajar dengan GCE O-Level/A-Level juga wajib ada kredit Bahasa Melayu.

2. Syarat Akademik SPM (Laluan Utama)

Calon mesti mempunyai minimum 3 kredit dalam SPM:

Wajib kredit dalam:

  1. Bahasa Melayu

  2. Matematik
    (Matematik Biasa / Tambahan / Moden — semuanya diterima)

  3. Sains
    (Sains / Biologi / Fizik — mana-mana satu)

Dan Lulus 2 subjek lain termasuk Bahasa Inggeris

Walaupun tidak wajib kredit, Bahasa Inggeris perlu sekurang-kurangnya LULUS.

Ini selaras dengan keperluan dokumentasi klinikal dan komunikasi di hospital.

3. Syarat Masuk Melalui Laluan Jururawat Masyarakat

Bagi calon yang TIDAK cukup kredit SPM, masih ada laluan khas:

✔ Lulus SPM
✔ Mempunyai Sijil Jururawat Masyarakat / Sijil Assistant Nurse
✔ Berdaftar dengan Lembaga Jururawat Malaysia (LJM)
✔ Mempunyai Annual Practicing Certificate (APC) yang aktif
✔ Minimum 3 tahun pengalaman kerja klinikal

Ini laluan yang biasa digunakan oleh jururawat pembantu yang ingin naik ke Diploma Nursing.

4. Syarat Masuk Diploma Nursing Untuk Pelajar Antarabangsa

Pelajar antarabangsa perlu memenuhi syarat SPM atau kelayakan setara:

Minimum 3 kredit dalam:

  • Bahasa Melayu

  • Matematik

  • Sains

Lulus 2 subjek lain termasuk Bahasa Inggeris

Mesti ada salah satu kelayakan Bahasa Inggeris berikut:

  • IELTS: minimum Band 5.5

  • TOEFL PBT: minimum 515

  • TOEFL CBT: minimum 215

  • TOEFL IBT: minimum 80

  • Cambridge CAE / CPE

  • Pearson Test of English (PTE)

“Kelayakan setara” merujuk kepada sijil luar negara yang diiktiraf MQA sebagai bersamaan SPM.

5. Syarat Khas: Kesihatan & Kecergasan Fizikal

Bidang kejururawatan sangat bergantung kepada kerja tangan, kecekapan dan pergerakan fizikal.
Oleh itu, Lembaga Jururawat Malaysia menetapkan syarat kesihatan tambahan:

✔ Semua calon MESTI:

  • Lulus pemeriksaan kesihatan dalam tempoh 1 bulan selepas mula program

  • Bebas penyakit berjangkit

  • Tidak mempunyai kecacatan fizikal yang menjejaskan tugas seperti

    • masalah penglihatan kritikal

    • masalah pendengaran serius

    • kekurangan anggota badan

  • Bebas penyakit mental atau keadaan psikologi serius

❌ Calon berikut tidak layak:

  • Ada penyakit mental kritikal

  • Ada penyakit berjangkit berbahaya

  • Ada kecacatan fizikal yang menjejaskan kemahiran nursing

  • Ada gangguan neurologi yang menjejaskan pergerakan

Ini bagi memastikan keselamatan pesakit, rakan sekerja dan calon sendiri.

6. Syarat Tambahan: UEC (Untuk IPTS Sahaja)

Calon UEC hanya diterima untuk institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) mengikut kelulusan MOHE.

UNISEL (walaupun universiti swasta milik kerajaan negeri) mengikut rujukan LJM, namun kelayakan UEC masih tertakluk kepada penilaian fakulti & standard LJM.

Kesimpulan: Syarat Masuk Diploma Nursing Adalah Ketat Demi Kualiti

Jika anda benar-benar ingin menjadi jururawat, memahami syarat masuk Diploma Nursing adalah langkah pertama untuk merancang masa depan.

Kelayakan akademik yang kukuh, kemahiran bahasa, kesihatan fizikal dan kestabilan emosi adalah elemen penting kerana kerjaya jururawat memerlukan:

  • ketangkasan

  • empati

  • ketahanan mental

  • komitmen jangka panjang

UNISEL menawarkan program Diploma Nursing yang diiktiraf KPT, MQA dan Lembaga Jururawat Malaysia, dengan latihan klinikal intensif dan peluang kerjaya luas dalam sektor kesihatan.

Jika anda serius ingin memasuki bidang kejururawatan, inilah masa terbaik untuk bermula.

🎯 Berminat join diploma nursing?

Kalau anda ada sebarang pertanyaan berkenaan program ini, boleh terus klink button di bawah. Wakil fakulti akan menghubungi anda dalam masa terdekat.

 Tanya sekarang!

Post a Comment

Previous Post Next Post