Bidang keselamatan dan kesihatan pekerjaan semakin penting dalam dunia industri moden. Setiap syarikat kini perlu mematuhi undang-undang keselamatan, memastikan pekerja dilindungi serta memenuhi keperluan perundangan seperti Occupational Safety and Health Act (OSHA) 1994 termasuk pindaan OSHA (Amendment) 2022 yang menetapkan tanggungjawab lebih ketat terhadap majikan.

Perkembangan inilah yang menyebabkan permintaan terhadap kerjaya degree OSH meningkat setiap tahun. Graduan keselamatan bukan sahaja diperlukan dalam industri berat, bahkan dalam sektor perkilangan, logistik, hospital swasta, pembinaan, syarikat multinasional dan perkhidmatan teknikal.

Selain itu, kerangka OSH Master Plan (OSHMP25) oleh Kementerian Sumber Manusia turut memperkukuh hala tuju negara ke arah pekerjaan lebih selamat dan mampan. Semua ini membuka banyak peluang kepada graduan OSH yang berkemahiran.

1. Safety & Health Officer (SHO) – Kerjaya Paling Popular

Kerjaya paling dikenali dalam bidang ini sudah tentu Safety and Health Officer (SHO). Untuk menjadi SHO kompeten, graduan OSH perlu mengikuti laluan kelayakan yang ditetapkan oleh DOSH termasuk peperiksaan dan tempoh pengalaman tertentu. Setelah sah sebagai SHO kompeten, nama akan disenaraikan dalam rekod DOSH sebagai Orang Yang Kompeten (OYK).

SHO memikul tanggungjawab besar, antaranya:

  • Mengurus Sistem Pengurusan Keselamatan & Kesihatan di tempat kerja

  • Memantau pematuhan OSHA 1994 & pindaan 2022

  • Mengurus JKKP8, incident reporting, risk assessment

  • Merancang latihan keselamatan

  • Menyelia audit serta pemeriksaan tempat kerja

SHO yang berdaftar juga memiliki Green Book, iaitu kad rasmi dari DOSH yang mengesahkan status kompetensi.

Dalam industri, SHO sering bekerja di tapak pembinaan, kilang, loji proses, syarikat minyak & gas, logistik atau mana-mana organisasi yang memerlukan pengurusan keselamatan profesional.

2. Safety Executive / Safety Supervisor

Bagi graduan degree OSH, jawatan Safety Executive dan Safety Supervisor adalah antara laluan kerjaya permulaan yang sangat kukuh.

Tugas mereka meliputi:

  • Membantu SHO dalam operasi keselamatan

  • Mengendalikan permit kerja, LOTO, atau sistem keselamatan dalaman

  • Menjalankan toolbox meeting

  • Memantau PPE, housekeeping dan aktiviti keselamatan harian

Jawatan ini biasanya menjadi permulaan sebelum graduan melangkah ke posisi SHO atau EHS Manager.

3. Environmental, Health & Safety (EHS) Officer

Industri moden melihat keselamatan dan kesihatan sebagai satu integrasi bersama alam sekitar. Oleh itu, syarikat besar sering membuka peluang untuk jawatan EHS Officer bagi graduan yang faham aspek:

  • Pengurusan buangan industri

  • Kawalan pencemaran

  • ISO 14001 & ISO 45001

  • Pengurusan risiko dan kecemasan

EHS Officer biasanya terlibat dalam syarikat multinasional, loji pembuatan, syarikat logistik, syarikat kimia, dan pelbagai sektor besar lain.

4. Fire Safety Coordinator / Emergency Response Officer

Graduan degree OSH juga boleh memasuki laluan berkaitan keselamatan kebakaran seperti:

  • Fire Safety Coordinator

  • Emergency Response Team Officer

  • Safety & Fire Prevention Executive

Kerjaya ini sesuai untuk lepasan OSH yang minat latihan kecemasan, penyediaan pelan tindak balas, insiden kebakaran dan prosedur menyelamat.

5. Industrial Hygiene Technician / Hygienist Trainee

Selain keselamatan am, Industrial Hygiene (IH) merupakan komponen penting dalam kerjaya OSH.
Graduan boleh bekerja sebagai:

  • IH Technician

  • Assistant Hygienist

  • IH Analyst

Bidang ini melibatkan penilaian pendedahan pekerja terhadap:

  • Bunyi

  • Habuk

  • Getaran

  • Bahan kimia

  • Faktor biologi

Dengan pengalaman, mereka boleh meneruskan laluan menjadi Hygienist Kompeten yang diiktiraf DOSH.

6. Safety Coordinator untuk Projek Pembinaan

Sektor pembinaan terus berkembang dan sangat memerlukan tenaga OSH. Graduan degree OSH boleh menjadi:

  • Site Safety Coordinator

  • Construction Safety Supervisor

  • Project Safety Lead

Kerja ini memberi pengalaman besar dalam memahami peralatan berat, kerja berisiko tinggi, permit confined space dan pengurusan keselamatan harian.

7. OSH Trainer / Safety Consultant (Dengan Pengalaman)

Selepas beberapa tahun bekerja, graduan OSH boleh memilih laluan profesional seperti:

  • OSH Trainer

  • Freelance Safety Consultant

  • Auditor Sistem Keselamatan

  • Trainer untuk kursus seperti HIRARC, Chemical Handling, Emergency Response, Fire Safety

Kerjaya ini terbuka luas kerana industri sentiasa memerlukan latihan OSH.

Kesimpulan: Kerjaya Degree OSH Sangat Luas & Berkembang

Kerjaya degree OSH bukan hanya mengenai pemeriksaan keselamatan. Ia merangkumi aspek undang-undang, pengurusan risiko, keselamatan proses, kimia, industri berat, pembuatan, logistik dan banyak lagi.

Dengan wujudnya OSHMP25, pindaan OSHA 2022 dan keperluan pematuhan industri yang semakin ketat, graduan OSH kini mempunyai ruang kerjaya lebih luas daripada sebelumnya.

Jika anda minat kerja lapangan, analisis risiko, keselamatan manusia dan ingin bekerja dalam dunia industri sebenar, degree OSH adalah laluan yang sangat stabil dan mempunyai masa depan cerah.

🎯 Berminat bina kerjaya OSH?

Kalau anda berminat nak bina kerjaya dalam bidang keselamatan dan kesihatan pekerjaan atau OSH ni, anda boleh enroll ke program degree OSH Unisel. Check out syarat kelayakan masuk program ini.

 Syarat Masuk Degree OSH

Post a Comment

Previous Post Next Post