Program Bachelor of Occupational Safety and Health (Hons.) di Universiti Selangor (UNISEL) merupakan antara program OSH yang dirangka secara komprehensif dan mematuhi Programme Standards: Occupational Safety and Health yang dikeluarkan oleh Malaysian Qualifications Agency (MQA). Selain itu, kurikulum program ini turut diiktiraf oleh Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH) Malaysia, selaras dengan keperluan industri dan kehendak undang-undang negara.

Graduan program ini bukan sahaja menguasai aspek teknikal keselamatan & kesihatan pekerjaan, tetapi juga memiliki keupayaan praktikal dan profesional untuk menangani cabaran keselamatan di tempat kerja moden.

Apa Yang Menarik Tentang Degree OSH di UNISEL?

  • Kurikulum yang memenuhi standard rasmi MQA untuk bidang OSH

  • Diiktiraf DOSH Malaysia

  • Latihan industri 24 minggu yang sangat praktikal

  • Gabungan teori, kerja lapangan, kajian kes, simulasi kecemasan, dan pengurusan risiko

  • Graduan bersedia untuk memasuki pelbagai sektor industri

Program ini sesuai bagi pelajar yang berminat dalam keselamatan industri, kesihatan pekerjaan, ergonomik, undang-undang OSH dan pengurusan kecemasan.

Kurikulum Utama (Core Curriculum)

Berikut adalah senarai kursus penting yang dipelajari sepanjang program Degree OSH di UNISEL:

  • Occupational Health

  • Ergonomics

  • Physical Hazard in Industrial Hygiene

  • Industrial Toxicology

  • Chemical Safety

  • Occupational Economics

  • Research Methodology

  • Process Safety Management

  • Occupational Safety and Health Management System

  • Chemical and Biological Hazard in Industrial Hygiene

  • Fire Safety

  • Emergency Preparedness and Response

  • Occupational Safety and Health Legislation

  • OSH Risk Management

  • Incident Investigation

  • Construction and Machinery Safety

  • Rehabilitation and Return to Work

  • Communication and Promotion in OSH

  • Industrial Psychology

  • Waste Management

Kurikulum ini direka supaya pelajar bukan sekadar memahami teori, tetapi mampu melaksana, mengawal dan menilai keselamatan pekerjaan mengikut standard semasa industri.

Peluang Kerjaya

Graduan Degree OSH sangat diperlukan dalam sektor pembuatan, pembinaan, minyak & gas, logistik, dan syarikat multinasional. Antara kerjaya yang boleh diceburi:

  • Occupational Safety and Health Officer

  • Safety Coordinator

  • Industrial Hygienist

  • Risk Management Specialist

  • EHS Executive/Manager

  • Emergency Response Coordinator

  • Regulatory Compliance Officer

  • Safety Consultant

Syarat Kemasukan Degree OSH UNISEL

Calon perlu memenuhi salah satu kelayakan berikut:

1. STPM

  • Lulus STPM

  • Minimum Grade C (CGPA 2.00) dalam 2 mata pelajaran

  • Kredit dalam Matematik dan 1 subjek Sains di peringkat SPM

2. STAM

  • Lulus STAM

  • Minimum Gred Jayyid

  • Kredit Matematik & Sains di SPM

3. Matrikulasi / Asasi

  • CGPA minimum 2.00

  • Kredit Matematik & Sains di SPM

4. Diploma (MQF Level 4)

  • CGPA minimum 2.00

  • Kredit Matematik & Sains di SPM

5. DKM / DVM

  • Meneruskan ke Degree OSH ikut laluan yang dibenarkan MQA

  • Perlu kredit Matematik & Sains di SPM

6. Keperluan Bahasa Inggeris

  • Lulus Bahasa Inggeris di SPM

  • (Untuk pelajar antarabangsa: MUET Band 3 atau CEFR Low B2)

Syarat ini mematuhi Programme Standards: Occupational Safety and Health (MQA) dan selari dengan keperluan industri.

Kenapa Degree OSH Semakin Diperlukan?

Kesedaran industri terhadap kepatuhan undang-undang meningkat setiap tahun, dan syarikat kini memerlukan pegawai keselamatan yang benar-benar terlatih, bertauliah dan berpengetahuan.

Gabungan standard MQA, pengiktirafan DOSH, dan latihan industri 24 minggu menjadikan program UNISEL ini antara pilihan yang kukuh dan relevan untuk pelajar yang ingin membina kerjaya dalam bidang keselamatan dan kesihatan pekerjaan.

🎯 Berminat join degree OSH?

Kalau anda ada sebarang pertanyaan berkenaan program ini, boleh terus klink button di bawah. Wakil fakulti akan menghubungi anda dalam masa terdekat.

 Tanya sekarang!

Post a Comment

Previous Post Next Post