Program Bachelor of Biomedical Science (Hons.) di Universiti Selangor (UNISEL) telah mendapat akreditasi penuh daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan kelulusan rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dengan kod program KPT-R3/725/6/0078, MQA-A7123.

Program ini merupakan antara program bioperubatan yang dirangka secara komprehensif untuk melahirkan graduan yang mahir dalam bidang penyelidikan, diagnostik makmal, bioteknologi dan kesihatan.

Ia menggabungkan pembelajaran teori, amali makmal, penyelidikan, serta latihan praktikum di hospital kerajaan atau swasta menjadikannya antara degree biomedic yang sangat relevan dengan keperluan industri semasa.

Apa Yang Anda Akan Belajar?

Kurikulum degree biomedic UNISEL merangkumi pelbagai disiplin utama dalam sains perubatan, antaranya:

  • Anatomi & Fisiologi Manusia

  • Histologi & Sitologi

  • Biokimia

  • Farmakologi & Toksikologi

  • Mikrobiologi

  • Haematologi

  • Transfusion Science & Blood Banking

  • Molecular Biology

  • Research & Biostatistics

  • Laboratory Instrumentation & Management

  • Etika Bioperubatan

Kesemua bidang ini dirangka untuk memberi pemahaman mendalam tentang proses penyakit, diagnostik makmal, serta prinsip penyelidikan moden.

Pengalaman Praktikal di Makmal & Hospital

Salah satu kelebihan besar program ini ialah:

✔ Latihan industri 16 minggu di hospital kerajaan atau swasta

Pelajar akan menjalani praktikum di makmal diagnostik sebenar untuk mempelajari:

  • Ujian makmal klinikal

  • Prosedur keselamatan & kawalan kualiti

  • Pengendalian instrumen diagnostik

  • Analisis sampel pesakit

  • Pengurusan dokumentasi makmal

Ini memastikan graduan bukan sekadar faham teori, tetapi benar-benar bersedia untuk memasuki dunia kerja.

Syarat Kemasukan Degree Biomedic UNISEL

Calon mesti memenuhi salah satu:

STPM / Matrikulasi / Pra-U

  • Minimum GPA 2.33

  • Dalam 2 subjek berikut:

    • Biologi

    • Fizik/Matematik

    • Kimia

A-Level

  • Minimum Grade D dalam:

    • Biology

    • Physics/Mathematics

    • Chemistry

Diploma Berkaitan (CGPA ≥ 2.75)

  • Diploma dalam bidang berkaitan daripada institusi bertauliah

Diploma Berkaitan (CGPA < 2.75)

  • 3 tahun pengalaman kerja dalam bidang sama

MUET Band 3

(Layak dikecualikan jika diploma/asasi dibuat dalam Bahasa Inggeris)

Peluang Kerjaya Degree Biomedic

Graduan berpeluang bekerja dalam pelbagai sektor seperti:

  • Biomedical Scientist / Research Officer

  • Medical Laboratory Scientist

  • Science Officer (KKM/Agensi Kerajaan)

  • Product Specialist / Medical Sales

  • Clinical Instructor

  • R&D Scientist (Biotech / Pharma)

  • Insurance Underwriter (Kesihatan)

Industri bioperubatan terus berkembang daripada sektor penjagaan kesihatan, farmaseutikal, bioteknologi hingga perkhidmatan makmal.

Kenapa Pilih Degree Biomedic di UNISEL?

  • Kurikulum yang merangkumi semua bidang kritikal bioperubatan

  • Pendedahan makmal intensif dari tahun pertama

  • Latihan industri di hospital pemerintah & swasta

  • Peluang kerjaya luas dalam sektor kesihatan & penyelidikan

  • Infrastruktur makmal yang lengkap

Program ini sesuai untuk pelajar yang berminat dalam sains perubatan, penyelidikan, diagnostik, atau ingin menyambung ke bidang profesional seperti perubatan, pergigian, farmasi atau bioteknologi.

🎯 Berminat join degree Biomedic?

Kalau anda ada sebarang pertanyaan berkenaan program ini, boleh terus klink button di bawah. Wakil fakulti akan menghubungi anda dalam masa terdekat.

 Tanya sekarang!
Terbaru Lebih lama