Recents in Beach

header ads

Peranan PPKP dalam Pngawasan Kesihatan Persekitaran Jemaah Haji Di Makkah

Pengenalan


Setiap tahun, Lembaga Tabung Haji (LTH) Malaysia akan menawarkan perkhidmatan kepada anggota kesihatan dan perubatan menganggotai Rombongan Perubatan Haji Malaysia untuk berkhidmat di Tanah Suci. 

Ini dengan tujuan bagi melancarkan perjalanan kerja ibadah haji serta menyantuni jemaah haji dengan harapan apabila pulang  mendapat haji yang Mabrur. 

Pemilihan anggota adalah mengikut keperluan perjawatan dan bagi pengawasan kesihatan persekitaran di Tanah Suci telah diberi tugas kepada Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran.

Definisi


Pengawasan kesihatan persekitaran bagi jemaah haji dan petugas haji semasa musim haji melibatkan sepanjang masa perjalanan kerja-kerja ibadah haji di Makkah, Madinah, Arafah dan Mina. 

Tempat-tempat tersebut merupakan tempat perlaksanaan ibadah haji dan penempatan penginapan Jemaah dan petugas haji dalam suatu tempoh masa yang telah dijadual dan ditetapkan oleh Lembaga Tabung Haji.  

Pengawasan kesihatan persekitaran jemaah haji bermula sebelum penerbangan pertama jemaah haji sampai di Tanah Suci di mana segala keperluan yang melibatkan kesihatan dan persekitaran jemaah haji telah dibuat persediaan awal. 

Aspek kesihatan yang diberi perhatian antaranya pengawasan penyediaan makanan, pemantauan kejadian penyakit , pendidikan kesihatan dengan memberi penekanan kepada penjagaan kesihatan diri termasuklah pemakaian alat perlindungan pernafasan (face mask). 


Pengawasan Kesihatan Persekitaran di Tanah Suci


Setiap musim haji seramai 4 anggota Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran (PPKP) telah ditempatkan di dua tempat yang berbeza iaitu 2 anggota di Makah dan 2 anggota  di Madinah. Bidang tugas PPKP yang dijalankan berpandu pada Prosedur Operasi Seragam. Antara bidang tugas yang dijalankan adalah :-
  

  • Mengumpul, menganalisa dan menyiapkan Laporan Harian Pesakit (Census Harian) samada di Klinik Malaysia dan Hospital Arab.
  • Menjalankan penyiasatan kejadian penyakit berjangkit .
  • Menjalankan pemeriksaan kebersihan dapur masak dan keselamatan makanan untuk petugas dan jemaah haji (JH).
  • Menjalankan aktiviti pendidikan kesihatan kepada jemaah haji (JH).
  • Menjalankan Kajian Kepatuhan Indeks Prestasi Perkhidmatan Haji (IPPH).
  • Melaporkan statistik harian kemasukan dan kes yang berada di Klinik Zon/Maktab dan Hospital Arab kepada Pusat Maklumat Operasi (PMO) Makkah.
  • Melaporkan bilangan pesakit luar harian yang mendapat rawatan mengikut penyakit kepada   pihak berkuasa Arab Saudi.

Post a Comment

0 Comments